Apa Itu Kolestrol?
Kolestrol adalah sejenis lemak (yang disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan kita boleh menghasilkan kolestrol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat jenis kolestrol ‘baik’ dan ‘buruk’.
Apakah Kolestrol ‘Buruk’?
Ramai orang yang berasa takut apabila disogokkan dengan keburukan kolestrol kerana mendapat maklumat yang salah. Namun kebenarannya adalah kolestrol merupakan sebahagian daripada kimia penting untuk tubuh.
Kolestrol terdapat dalam setiap sel manusia dan haiwan. Selain kolestrol yang diperolehi daripada pengambilan makanan berasaskan haiwan, tubuh kita juga mempunyai kemampuan untuk menghasilkan semua kolestrol yang diperlukan untuk pelbagai fungsi badan.
Tapi paras kolestrol ni perlu dikekalkan dalam paras yang normal untuk memperolehi kebaikan maksima. Ini kerana kolestrol digunakan untuk membuat cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Ini adalah penting untuk melindungi saraf, membina sel-sel badan yang baru, dan menghasilka hormom tertentu yang diperlukan untuk perkembangan normal dan fungsi tubuh manusia.
Kolestrol secara semulajadinya adalah seperti lilin yang dihasilkan oleh hati. Ia merupakan kombinasi daripada lemak dan steroid. Kolestrol kurang/tidak larut dalam air dan lipoprotein tertentu diperlukan untuk mengangkut kolestrol dalam pembuluh darah.
Kolestrol Buruk (LDL)
Low Density Lipoproteins (LDL) adalah kolestrol buruk kerana mereka mempunyai kecenderungan untuk melekat di dinding arteri. Ini menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolestrol. Menurunkan paras kolestrol LDL ini akan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Kolestrol Baik (HDL)
High Density Lipoproteins (HDL) adalah kolestrol baik kerana ia menjalakan fungsi mengeluarkan kolestrol dari pembuluh darah dan membawanya kembali ke hati. HDL juga membantu dalam mencegah pembentukan plak kolestrol dalam pembuluh darah. Bersukan dan bersenam secara teratur dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat boleh membantu dalam meningkatkan tahap HDL.
Trigliseride
Trigliseride adalah bentuk lemak yang dibuat dalam tubuh. Paras Trigliseride yang tinggi boleh disebabkan oleh obesiti, merokok, kurang aktiviti fizikal dan pengambilan alkohol. Mereka yan mempunyai tahap trigliseride yang tinggi biasanya mempunyai tahap Jumlah Kolestrol (Total Cholestrol) yang tinggi termasuk tahap LDL yang tinggi dan tahap HDL yang rendah. Kebanyakan individu yang mengidap penyakit diabetes atau jantung biasanya mempunyai tahap trigliseride yang tinggi.
Apa pula Tahap Kolestrol Yang Disarankan ?
Total Cholesterol – di bawah 200 mg (5.1 mmol / L)
Kolesterol LDL
- Di bawah 70 mg (1.8 mmol / L) untuk pesakit yang mempunyai penyakit jantung.
- Tahap bawah 100 mg (2.6 mmol/L) jika mempunyai faktor risiko penyakit kardiovaskular
- Bawah 130 mg (3.4 mmol / L) untuk orang normal dan tidak ada faktor risiko.
Kolesterol HDL
- Wanita umumnya memiliki paras HDL lebih tinggi berbanding lelaki dan mereka dilindungi oleh hormon sampai menopause.
- Paras HDL dan risiko penyakit jantung mereka menjadi sama dengan lelaki setelah menopause.
Bagaimana pula Shaklee Boleh Membantu?
Sekiranya anda mengalami masalah kolestrol yang tinggi atau terlalu rendah dan sedang mengikuti rawatan doktor, saya nasihatkan agar anda merujuk doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang supplement.
Ini kerana pengambilan supplement dikhuatiri akan mempunyai tindak balas dengan ubat yang anda ambil.
Dan sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolestrol tanpa ubat atau secara semulajadi dengan Shaklee, perlu diingatkan bahawa supplement bukanlah sesuatu ubat ajaib yang boleh menjadikan anda sihat sekelip mata.
Supplement ini perlu diamalkan secara berterusan untuk ia benar-benar efektif. Ia juga hanya sampingan untuk membantu anda. Paling utama, jagalah pemakanan, pelihara berat badan dan lakukan senaman secara berkala. Itu lebih utama.
Tapi sekiranya anda hanya bergantung kepada supplement dan ubat, tanpa inisiatif sendiri untuk menjaga pemakanan dan tubuh badan, ibarat menuang air ke daun keladi 
Set Kolestrol Shaklee :
.
✅Phytocol-St - mengelak kolestrol daripada makanan.
.
✅Omega Guard - membuang dan menurunkan paras kolestrol yang tinggi dan yang sedia ada dalam badan.
Untuk Order dan konsultan hubungi Yati..
➧Whatsapp : Shakleeyati 0193024241
♻Pages : COD Shaklee Bangi by Yati
➧POS : Seluruh Malaysia
➧COD : Shaklee COD Bangi, Kajang dan sekitar